Kali ini saya ingin berkongsikan berkenaan dengan warna-warna yang sesuai di gunakan untuk kehidupan seharian.
Untuk pengetahuan anda, warna dapat mempengaruhi kehidupan seharian kita kerana setiap warna mempunyai emosi yang tersendiri. Disebabkan itu kita perlu bijak memilih warna supaya ia memberikan kita suatu emosi yang lebih baik.
Pengaruh Warna
MERAH
Warna merah mengggambarkan keberanian, semangat dan juga tenaga apabila dipakai pada pakaian ataupun di rumah anda.
HIJAU
Warna yang sering dikaitkan dengan alam sekitar, flora dan fauna. warna ini melahirkan sifat ketenangan dan kelembutan dan ketenangan. Warna ini sesuai digunakan dalam bilik tidur
BIRU
Warna biru pula melambangkan kedaimaian dan mengaktifkan minda. Warna ini juga dikatakan boleh membuat kommunikasi kita dengan orang lebih lancar. Bermakna warna biru boleh mengeluarkan ekspresi ceria pada diri sesorang.
UNGU
Ramai orang menggemari warna ini. Warna ungu gelap bermaksud misteri. Mereka yang meminati warna ungu ggelap mungkin dia oleh dikatakan seorang yang misteri ataupun sukar difahami. Manakala ungu lembut lbih kepada relaks.
HITAM
Hitam merupakan warna formal pada kebiasaanya warna ini digunakan dalam pemakaian formal seperti kot. Warna ini tidak sesuai digunakan di ruang tamu rumah atau dibilik kerana memberikan ekpresi suram dan membawa maksud tidak kreatif.
PUTIH
Seperti biasa warna putih melambangkan kesucian dan kebersihan dan relaks. Warna putih sesuai dipakai dalam cuaca yang panas kerana akan memantulkan cahaya dan haba.
Selain warna-warna di atas, warna pastel juga menjadi kegilaan ramai orang diluar sana. Warna pastel merupakan warna yang lembut yang juga dapat memberikann kesan kelembutan dalam diri kita :))

No comments:
Post a Comment