Monday, January 11, 2016

Air Conditioner




Pada hari ini kami ingin berkongsi tips menjimatkan elektirk memlalui penggunaan penghawa dingin ataupun air conditioner di rumah, pejabat ataupundi kedai anda. Kebiasaannya bila kita menggunakan aircond penggunaan elektrik akan meninggkat kerana tenaga elektrik yang digunakan sangat tinggi. Tetapi tak semestinya memasang elektrik dengan lama akan menggunakan arus elektrik yang banyak.




Ini adalah salah satu cara untuk kita menjimatkan elektrik menggunakan aircond

Apabila menggunakan aircond di bilik tidur sejukkan bilik 15 minit terlebih dahulu dengan suhu 20 darjah. Selepas 15 minit set kan suhu standard iaitu 25-27 darjah sebelum tidur.

Aircond yang lama tidak servis akan lebih banyak menggunakan tenaga elektik. Oleh itu pastikan anda servis aircond anda

Cuci sawang-sawang yang ada pada filter aircond dengan kerap. penapis udara yang kotor juga menggunakan banyak tenaga elektrik


Pilih aircond jenis inverter kerana ia membantu mengurangkan penggunaan tenaga elektrik. Brand inverter yang selalu direcomendkan adalah brand panasonic kerana tahan lama dan belum ada complaint dari pelanggan setakat ini.

Elakkan cahaya matahari masuk kedalam rumah atau office kerana cahaya akan menyebabkan haba pada ruang tersebut.

Diharap tips-tips diatas sedikit sebanyak dapat membantu anda diluar sana :)




No comments:

Post a Comment