Monday, February 29, 2016

Thursday, February 25, 2016

VINYL & LAMINATE FLOORING



vinyl flooring

laminate flooring



Kelebihan lantai vinyl adalah ia amat mudah dipasang dan boleh dibuka semula dan dipasang semula tanpa sebarang masalah. Ia juga tahan lasak , tidak perlu penyelenggaraan dan tahan lama.
lantai vinyl lebih sesuai untuk kegunaan premis perniagaan berbanding untuk dipasang di rumah kerana sifatnya yang lebih tahan lasak
Dari segi kos pula lantai vinyl tidak begitu berbeza dengan lantai lamina. Seperti lantai lamina, lantai vinyl juga lebih cantik jika dilekapi skirting di bahagian tepinya. Tanpa skirting, ia akan kelihatan kurang kemas.
Memandangkan kepada 2 faktor iaitu astetik dan kos, lantai lamina merupakan pilihan yang lebih baik untuk dipasang di rumah. Dan jika anda menyewa premis perniagaan pula, maka lantai vinyl akan menjadi pilihan yang lebih baik kerana lantai vinyl boleh digunakan semula. 

Friday, February 12, 2016

deco pejabat


DECO OFFICE






Pemilihan warna cat dinding..Jika mahukan pejabat anda lebih ceria anda boleh memilih dinding pejabat dengan warna2 yang ceria dan terang seperti kuning, biru, ungu dan sebagainya... Ataupun anda boleh warnakan dinding mengikut warna logo company tersendiri nampak lebih seragam. Juga boleh gunakan wallpaper pelbagai corak

Perabot pula anda boleh gunakan perabot yang terpakai yang masih boleh digunakan. Perabot-perabot terpakai boleh dibeli dari kedai perabot terpakai. Dapat menjimatkan anda

Perhiasan dalam office pun kita boleh sendiri seperti gubahan bunga, akuarium serta daun-daun hijau yang diletakkan dalam pasu bunga.





ivy plant


Thursday, February 11, 2016

Pengubahsuaian pejabat, Partition, Lantai Lamina dan Karpet


Ubahsuai rumah atau office anda dengan kami di My Empire! Banyak syarikat di luar sana yang membuat kerja-kerja pengubahsuaian tapi harga yang mereka tawarkan mungkin lebih mahal. Dapatkan harga kami yang lebih murah dan menjimatkan. Kerja-kerja pemasangan partition di pejabat untuk anda yang mahu besarkan ruang pejabat, pasang partition, carpet, ceiling, lantai lamina




Tips sebelum renovate office anda.....

Ruang office seperti rumah kedua untuk kita. Kita mestilah nak ruang yang lebih selesa, cantik dan unik. Jadi kami kongsikan tips2 sebelum anda renovate office anda. 

pertama sekali adalah


1. Pick your style

Tentukan reka bentuk terlebih dahulu yang bersesuaian dengan perniagaan anda. Ruang yang macam mana anda mahukan contohnya moden atau klasik dan sebagainya supaya nanti bila kita bincang dengan kontraktur.

2. Persediaan bajet

Pastikan bajet anda cukup untuk lakukan pengubahsuaian sama ada dalam atau luar ruang pejabat anda. Jika nak pecahkan dinding sahaja memerlukan bajet yang agak besar. Sediakan bajet lebih sikit untuk sebarang masalah di luar jangkaan kita terjadi.

3. Buat Research

Buat research mengenai harga barang2 yang akan dibeli, bayaran2 untuk pembinaan dan juga upah. supaya nanti kita tidak mudah ditipu oleh mereka yang tak bertanggungjawab.

4. Jual Barang Tak Perlu

 Untuk nak jimatkan duit anda boleh jual barang2 yang tak digunakan lagi dalam office. Disamping dapat duit sampingan kita juga dapat menjimatkan ruang2 dalam stor ataupun pejabat

5. Sabar...

Proses pengubahsuaian mengambil masa yang lama. Jadi kita kena bersabar sementara menunggu proses ubahsuai tersebut. Kerana memerlukan ketelitian.

Thursday, February 4, 2016

Kelebihan Lantai Lamina


Zaman sekarang banyak kita dapat tengok di rumah-rumah jiran, dalam office atau pun kita boleh tengok dalam televisyen sekarang ramai yang memakai lantai kayu di rumah mereka. Selain pelbagai corak yang ada untuk lantai kayu ini ia juga menjadikan lantai rumah kelihatan lebih kemas dan bersifat modern contemporary.

Antara kelebihan memasang lantai lamina adalah

1. Pemasangannya yang lebih mudah dan tidak rumit. Tak seperti lantai lain yang perlu lebih teliti dalam proses pemasangan. Boleh pasang sendiri.

2. Mudah dibersihkan. Kalau ada kotoran ke senang untuk bersihkan tak perlu sental lebih-lebih

3. Tahan lasak iaitu tak mudah calar kerana lantai ini dilapiskan dengan beberapa lapisan seperti dalam gambar berikut.
4. Boleh dapatkan dengan harga yang murah dan kualiti yang terjamin

5. Tahan lebih lama



Tuesday, February 2, 2016

Laminate Floor Murah Murah, Shah Alam





Cantikkan? berminat? hubungi kami untuk pertanyaan lanjut di 0355696977

Rm3.70/sqft Termurah di MALAYSIA!!





Monday, February 1, 2016

Jaga Aircond...

Jaga aircond untuk mengelakkan masalah-masalah kecil berlaku.... jika dibiarkan mungkin akan jadi masalah besar :D



Pertama sekali adalah Filter- filter adalah tempat angin keluar dari aircond. Filter ini mudah berhabuk akibat dari habuk di dalam ruang kita seperti bilik, ruang tamu dan sebagainya. Bagi mengelakkan aircond kita rosak ataupun rasa seperti tiada angin keluar pastikan kita mencuci filter tersebut dengan kerap sekurang-kurangnya Sebulan 2 kali. Mudah dicuci dan jimat tak perlu panggil technician ;)

Condenser- Condenser ini adalah yang kita letakkan di luar rumah bersaiz petak besar. benda ini juga kita boleh cuci sendiri. tak perlu panggil orang lain. Hanya semburkan dengan Aluminium oil cleaner ataupun dengan air biasa. just buang kotoran di bahagian kipas.

Pastikan gas aircond anda cukup dan tidak berkurang bagi mengelakkan kebocoran.

Seterusnya, rajin-rajinlah mengelap aircond anda supaya tidak terlalu berhabuk dan kelihatan bersih..